Aleya Putri I'm not looking for someone to talk to
I've got my friends, I'm more than okay
I've got more than a girl could wish for
I live my dreams, but it's not all they say
Still I believe
I'm missing something real...
I need someone who really sees me...
Don't want to wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give...all the love in the world...
Idzham Iskandar
Sampai tubuh tak bernyawa
Sampai ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga kan ku tunggu di luarnya Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu..
Kau sampai dahulu...
Syed Akashah Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini...
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Lagu Cinta (with special cameo of Resepi Hati Dia) - Raya Special 2009
"Kak Ary!!! Help! Help! Help!!!"
Adriana yang sedang menyusun balang-balang biskut Urban Legend chocolate chip untuk jualan pada salah satu rak di kafenya pantas memandang ke arah insan yang baru memasuki kafenya itu dengan begitu kecoh sekali.
"Leya... Kenapa kelam-kabut ni Leya? Ada apa-apa yang dah berlaku ke?"
"Kak Ary... Kak Ary ada resepi kuih baulu tak?"
"Ya Allah, punyalah lintang pukang masuk kedai ni macam langit nak runtuh, rupa-rupanya nak tanya pasal resepi sahaja?"
Aleya Putri hanya tersengih sahaja apabila ditegur sebegitu oleh Adriana.
"Puan Aleya oi, muka akak ni ada gaya macam pusat sumber resepi ke? Manalah akak tahu buat kuih-kuih tradisional macam tu."
"Ala... takkanlah kak Ary tak tahu? Kak Ary kan pandai masak macam-macam. Tolonglah... antara hidup dengan mati ni!"
"Ni kenapa tiba-tiba beria-ia benar nak cari resepi baulu ni?"
"Suami Leya tu lah. Tiba-tiba tahun ni mengada-ngada nak suruh isteri tercinta dia ni buat kuih bahulu. Tak buat karang, mulalah dia keluar ayat loyar buruk dia tu, konon tak nak maafkan Leya di pagi raya nanti. Waa... Leya tak naklah jadi isteri derhaka. Leya tak mahu terlepas peluang jadi ketua bidadari dia dekat syurga."
Adriana hanya terdiam apabila buat sekian kalinya mendengar Aleya menyebut tentang keinginannya menjadi ketua bidadari si suami di syurga kelak.
Wanita bernama Aleya Putri ini telah dikenalinya rapat kerana kekerapan dia mengunjungi Aryz-one Café sementara menunggu suaminya habis bekerja. Kebetulan pejabat suami Aleya terletak sebaris dengan kafe milik Adriana ini.
Alasan Aleya kenapa dia selalu singgah ke kafe ini; kalaulah dia tak menurut suaminya sampai ke pejabat, jawabnya suaminya itu pasti lupa jalan nak balik ke rumah. Suami Aleya tu orangnya jenis yang asyik bekerja sampaikan nak makan pun dia boleh terlupa. Tambah Aleya secara bergurau, nasib baiklah bini dia ni dia tak pernah nak lupa yang dia ada.
Adriana sememangnya tidak pernah lupa akan nasihat Aleya padanya ketika dia buntu sama ada mahu menerima atau tidak Erdyzuan di dalam hidupnya semula. Nasihatnya itu ringkas sahaja.
Kata Aleya, kita hidup di dunia ini adalah untuk mencari bekalan buat akhirat. Allah telah menjanjikan para bidadari kepada hamba-hambanya yang beriman. Kalaulah kita tidak mahu suami kita berseronok sakan dengan para bidadari yang cantik jelita tu, kita mestilah sentiasa menanamkan keinginan untuk menjadi ketua kepada para bidadari-bidadari buat suami kita itu di syurga nanti.
Menjadi ketua bidadari, kita bukan sahaja dapat menikmati hidup di syurga bersama suami kita, tetapi kita juga dapat menikmati keseronokan- keseronokan lain di syurga termasuklah peluang membeli-belah yang hebatnya mengalahkan membeli-belah designer outfit. Kuncinya untuk mendapat semua itu cuma satu sahaja… berusahalah untuk menjadi seorang isteri yang solehah.
Biarlah apa yang suami kita pernah lakukan pada kita; selagi dia tidak menyekutukan Allah, sebagai isteri kita wajib taat pada dia. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Ingat sahaja dalam hati, tekad kita adalah untuk menjadi penghuni syurga. Menjadi ketua para segala bidadari buat suami kita.
Ya, mendengar cerita Aleya memang dia juga tidak ketinggalan mahu menjadi ketua bidadari di syurga kelak. Tetapi rasa ragu-ragu untuk menerima semula Erdyzuan dalam hidupnya masih jua berselirat di dalam hatinya ini.
"Habis tu Kak Ary, macam mana ni? Mana Leya nak cekau resepi kuih baulu ni? Dulu selalunya arwah umi dia yang buat bila hari raya. Tapi tahun ni dah tak ada siapa yang boleh nak diharapkan untuk buat kuih tu."
"Alah… kalau tak silap akak, dekat batu 18 Hulu Langat tu ada jual baulu. Nak yang original? Warna hijau dengan rasa pandan dan taburan chocolate rice? Sebut aja nak rasa apa... semua ada. Apa yang perlu Leya buat ialah sediakan ongkosnya sahaja."
"Leya tahu pasal orang yang jual baulu dekat Batu 18 tu. Sekarang ni dekat shopping complex pun merata orang jual baulu panas. Tapi suami Leya tak mahu yang macam tu. Dia nak yang resepi asli made in Perak. Kalau baulu yang merata-rata orang jual ni, bukannya tahan sangat. Teskturnya moist sangat. Sekejap aja dah berkulat.
Tapi baulu yang macam arwah mak mentua Leya selalu buat dulu, kita simpan berbulan pun boleh tahan sebab dia jenis kering. Leya tak tahu resepinya. Yang Leya tahu nak buatnya kena pukul telur pakai tangan. Tak boleh pakai electric whisker tu. Nak membakarnya pula seeloknya kena guna sabut kelapa dan bukannya pakai ketuhar. Leya tak sempat nak minta arwah mak mentua Leya turunkan ilmu baulu dia tu dulu."
"Ya lah tu tak sempat minta turun ilmu konon. Kata ajalah Leya dulu pemalas sebab dah ada orang tolong buatkan. Betulkan?"
"Hehehe... Kak Ary ni macam tahu-tahu aja ya perangai Leya ni. Isy, macam mana ni? Masalah Negara Leya tak selesai lagi ni. Apa Leya nak buat Kak Ary?"
"Hmm... kalau nak minta resepi baulu macam arwah mak mentua Leya tu memang akaktak dapat nak tolonglah. Tapi... apa kata, Leya buat Madeleines?"
"Madeleines? Apa ke benda pula tu?"
"Dia macam baulu juga. Tapi ni versi orang putih punya baulu. Akak rasa tak salahnya kalau Leya buat Madeleines. Terus terang sahajalah pada cik abang Leya tu yang Leya tak tahu nak buat baulu macam arwah mak dia pernah buat. Akak rasa tentu dia akan hargai usaha Leya tu. Sebabnya isteri dia yang tersayang ni dah bersusah-payah masak sendiri kuih untuk dia walaupun bukanlah seratus peratus macam yang dia nakkan tu.
Selalunya Leya yang nasihatkan akak. Sekarang ni akak nak Leya dengar nasihat akak pula. Leya kena ingat, sebagai seorang isteri, kita tetap akan jadi seorang isteri sampai bila-bila. Kita tak akan mampu menggantikan tempat emak dia. Kita cuma boleh mengisi ruang-ruang kosong yang ditinggalkan emak dia dengan kehadiran kita dan cara kita sendiri."
"Hmm... bagilah sini resepi Madeleinestu. Minta-mintalah dia akan suka dengan baulu mat saleh Leya nanti. Eh, kak Ary beraya di mana nanti?"
"Zuan, ada ajak Ayan beraya dengan dia. Siap belikan baju raya lagi untuk budak tu. Entah apa angin dia, Dah lama menyepi lepas dia tahu siapa Ayan tu, tiba-tiba dia muncul baru-baru ni ajak budak tu beraya dengan dia."
"Baguslah kalau macam tu. Walaupun kak Ary masih tak sebumbung dengan dia, paling-paling Kak Ary tak akan keseorangan di Hari Raya nanti. Kawan baik kak Ary siKerol tu pun dah kahwin kan? Dia mesti sibuk beraya dengan keluarga mentua dia."
"Masalahnya Leya, Zuan tu cuma ajak Ayan seorang sahaja beraya dengan dia. Kak Ary ni dia tak ajak pun. Baju Raya akak pun dia tak ada belikan."
"Aiyoyo... nampaknya laki Kak Ary tu dah berpatah arang berkerat rotan dengan Kak Ary. Takdapeklah den nak menolong kalau gayanya macam ni..."
Mendengar usikan Aleya itu, Adriana hanya mencebik. Huwaa... ni yang terasa rasa macam nak menangis ni...
Bersabarlah Sayang
Anuar Zain (Penyanyi asal : Sanisah Hanuri)
Semua Insan Sedang Gembira Di Hari ini Sayang Hari Yang Mulia Marilah Bersama Berhari Raya Hilangkan Duka
Lupakan Saja Kisah Yang Lalu Gantikan Cerita Baru Agar Hatimu Waspada Selalu Jangan Kau Kesalkan Jangan Engkau Tangiskan
Pada Mereka Yang Tak Mengerti Menuduh Dirimu Di Jurang Kesalahan Saja ku Tak Sampai Hati Biarkan Engkau Sendiri
Tetapi Diriku dan Juga Temanmu Yang Tahu Kisah Derita dan Luka Di Dada Hanya Kuharapkan Kau Harus Bersabar dan Bertenang Selalu
Pulanglah (Aishah)
Sayang…
Di hari yang mulia ini Ku pohon keampunan Hanya satu yang ku pinta Pulanglah... Termenung ku sendiri Memendam rindu tidak menentu Kasih suci murni yang kita bina Hapus hancur oleh kata fitnah Di pagi hari raya Hati sayu mengenang dirimu Mudahnya kau menggantikan diriku Seolah cintaku tak berharga Apakah suratan Aidilfitri satu titik akhir Sekian lama bercinta Kau tiada di hari mulia Keampunan ku pohon Sekiranya aku yang berdosa Pulanglah ku merindui mu sayang Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga ) Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang Ku menunggu mu di hari raya
Ramadhan melabuhkan tirainya, Syawal pun menjelma tiba... Semoga Ramadhan yang telah kita tinggalkan itu, meninggalkan jejak keinsafan buat kita semua untuk terus menjadi hamba-Nya yang soleh/solehah. Ya Allah, kepada mu kami bermohon panjangkanlah umur kami untuk bertemu kembali bulan Ramadhan mu yang penuh keberkatan di tahun hadapan pula...
Selamat Hari Raya Aidilfitri iejay ucapkan kepada semua pembaca dan kawan-kawan yang mengenali iejay dan yang telah membaca nukilan iejay selama ini... Kalau-kalau ada salah silap, ada terkasar bahasa, ada entry yang menghiris hati anda tangan di hulur maaf dipohon kepada anda semua... Selamat pulang ke kampung (kepada yang ada kampung). Semoga perjalanan anda semua pergi dan balik akan selamat sentiasa. Insyaallah...
Coretan:
Syawal 2009 ini bermakna sudah 3 tahun iejay menceburkan diri dalam bidang penulisan. Daripada sekadar suka-suka tak sangka akhirnya menjadi kerjaya sampingan buat iejay. Iejay masih ingat lagi, iejay mula menulis sekitar akhir syawal tahun 2006. Begitu banyak kenangan pahit-manis, kenalan rakan taulan iejay telah temui di sini. Lagu Cinta telah lama bernoktah di dalam cetakan dan sepatutnya iejay dah lama delete sahaja segala cerita di sini. Tetapi sampai saat ini hati iejay masih terasa berat nak mengkuburkan ceritera Aleya-Idzham-Syed Akasyah (sekalipun entry awal dulu memang teruk bahasanya). Sebab kerana mereka, iejay zakaria wujud di alam maya ini dan juga di bidang penulisan( err... semuanya atas ilham Allah of course).
Well should I delete this blog or shouldn't I?
A decision yet to be decided...
Lagu Cinta (with special cameo of Resepi Hati Dia) - Raya Special 2009